Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Prn 97 388 Pengundi Awal Undi Esok

Diterbitkan: 07 Aug 2023 3.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 7 Ogos 2023 - Sejumlah 97,388 pengundi dalam kalangan anggota polis dan tentera menjadi kumpulan pertama penentuan mandat kerajaan negeri menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dalam proses pengundian awal, esok.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-prn-97-388-pengundi-awal-undi-esok
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:22 MYT
Putrajaya, 7 Ogos 2023 - Sejumlah 97,388 pengundi dalam kalangan anggota polis dan tentera menjadi kumpulan pertama penentuan mandat kerajaan negeri menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dalam proses pengundian awal, esok.

Jumlah itu terdiri daripada 49,660 orang tentera serta pasangan, 47,728 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) yang akan membuang undi di 260 pusat mengundi awal melibatkan 377 saluran mengundi diguna pakai.
Golongan pengundi awal ini adalah merangkumi kira-kira satu peratus daripada keseluruhan 9.77 juta pengundi yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut pecahan, jumlah pemilih dalam kalangan anggota keselamatan itu di Selangor adalah direkodkan tertinggi meliputi 26,557 orang, diikuti Negeri Sembilan (26,079 orang), Pulau Pinang (11,294 orang), Kelantan (11,205 orang) dan Terengganu (6,957 orang).
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, Selangor merekodkan jumlah yang paling tinggi dengan merekodkan seramai 18,557 orang akan terlibat dalam pengundian awal.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

 
ArtikelDiterbitkan 07 Aug 2023 3.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM