
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Prn 42 Aduan Mykad Diguna Pengundi Lain Kpn
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata laporan tertinggi diterima di Selangor dengan 16 kes.
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2023 - Polis menerima 42 laporan berhubung penggunaan kad pengenalan milik individu lain dalam proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15, semalam.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata laporan tertinggi diterima di Selangor dengan 16 kes.
“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, semalam.