Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ppm Wilayah Tiga Patah Cubaan Seludup 1 1 Tan Beras Siam 20250529

Published: 29 May 2025 4.28 AM Updated: 15 Aug 2026 8.00 PM
Kota Bharu, 27 Mei 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga mematahkan cubaan menyeludup masuk 44 kampit beras Siam seberat 1.1 tan dalam operasi di Kampung Mahligai di Gunong, Bachok, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ppm-wilayah-tiga-patah-cubaan-seludup-1-1-tan-beras-siam-20250529
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:31 MYT
Kota Bharu, 27 Mei 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga mematahkan cubaan menyeludup masuk 44 kampit beras Siam seberat 1.1 tan dalam operasi di Kampung Mahligai di Gunong, Bachok, kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, ACP Zulafendy Hassan berkata, dalam Ops Taring Landai/Kontraban kira-kira jam pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin, Markas Operasi PPM Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, pemandu lori berkenaan bertindak memecut sebelum memberhentikan kenderaan itu di bahu jalan Kampung Mahligai.

“Suspek kemudian melarikan diri ke kawasan semak berhampiran. Usaha mengejar suspek dijalankan, namun dia gagal ditemukan.

“Pemeriksaan terhadap lori berkenaan menemukan 44 kampit beras Siam, dipercayai diseludup dari negara jiran dengan anggaran berat 25 Kilogram setiap kampit. Nilai keseluruhan termasuk lori berjumlah RM84,000,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text

ArticlePublished 29 May 2025 4.28 AMUpdated 15 Aug 2026 8.00 PM