Artikel
Video Pilihan Timbalan Kpn Penuhi Undangan Konsert Desaku Mendunia Anjuran Felda
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan ke Konsert Desaku Mendunia anjuran Le...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan ke Konsert Desaku Mendunia anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kuala Lumpur.
Perasmian konsert tersebut yang diadakan serentak dengan Majlis Pra Pelancaran Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Konsert yang dianjurkan dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia dan Kementerian Komunikasi bermula pada 27 Mei lalu adalah bagi meraikan pencapaian Malaysian Wind Orchestra, yang terdiri daripada pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Majlis Amanah Rakyat FELDA, termasuk anak-anak peneroka FELDA.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSkJkJmrM/
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMP TV
