Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ppm Wilayah 1 Rampas Pokok Putih Lebih Rm5 12 Juta

Published: 17 Nov 2023 2.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ppm-wilayah-1-rampas-pokok-putih-lebih-rm5-12-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:15 MYT
Georgetown, 17 November 2023 - Pasukan Polis Marin (PPM) membongkar penyeludupan rokok putih bernilai lebih RM5.12 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Tanjung Tokong, di sini.

Serbuan pada petang Selasa lalu itu susulan risikan selama empat hari ke atas premis terbabit yang disyaki dijadikan sebagai tempat penyimpanan rokok seludup.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Shamsol Kassim berkata, hasil serbuan kira-kira jam 6 petang itu, pihaknya menemukan 24,500 karton rokok bersamaan 4.9 juta batang rokok putih dengan anggaran nilai lebih RM5.12 juta termasuk cukai.

“Bagaimanapun tiada suspek ditahan dalam serbuan itu dan polis masih menyiasat pemilik premis bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Markas PPM Wilayah 1 di Batu Uban, di sini.

ACP Shamsol berkata, semua rokok putih itu dipercayai diseludup dari negara jiran ke Malaysia menerusi jalan laut menggunakan bot.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 17 Nov 2023 2.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM