Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ppm Tumpaskan Sindiket Penyelewangan Diesel

Published: 05 Feb 2025 7.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 5 Februari 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi dan menahan enam lelaki selain merampas 102,300 liter diesel subsidi di stor penyimpanan minyak di Inanam, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ppm-tumpaskan-sindiket-penyelewangan-diesel
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:26 MYT
Kota Kinabalu, 5 Februari 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi dan menahan enam lelaki selain merampas 102,300 liter diesel subsidi di stor penyimpanan minyak di Inanam, di sini.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Nazri Ibrahim, berkata serbuan menerusi Op Taring Landai itu dijalankan kira-kira jam 12 tengah hari oleh Unit Gempur Marin (Ungerin) PPM Wilayah Empat Sabah pada Isnin lalu.

Katanya, sepanjang operasi terbabit, pasukan serbuan merampas beberapa kenderaan termasuk lori tangki dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan kira-kira RM 1,239,545.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan di dalam premis berkenaan mendapati wujudnya aktiviti penyimpanan minyak diesel bersubsidi tanpa kebenaran.

“Siasatan lanjut juga mendapati mereka gagal menunjukkan dokumen pemilikan atau menyimpan barang bersubsidi yang sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Menurutnya, terdapat enam lelaki yang tidak dikenali yang disyaki sebagai pekerja di dalam premis berkenaan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Borneo Sabah.

May be an image of text that says 'KOTA KINABALU: Maria kegiatan menahan 02.300 liter minyak PENYELEWENGAN DIESEL TUMPAS Oleh Olviana Najarus rampas 102,30  
ArticlePublished 05 Feb 2025 7.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM