Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Ubah Strategi Kawal Sempadan Sungai Golok

Diterbitkan: 02 Apr 2024 7.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 2 April 2024 - Polis Kelantan akan mengubah strategi kawalan sempadan di lokasi Sungai Golok yang cetek akibat musim kemarau, bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-ubah-strategi-kawal-sempadan-sungai-golok
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:25 MYT
Kota Bharu, 2 April 2024 - Polis Kelantan akan mengubah strategi kawalan sempadan di lokasi Sungai Golok yang cetek akibat musim kemarau, bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun, bagaimanapun enggan mendedahkan kaedah strategi dilakukan itu.

“Kita sudah mengadakan perbincangan dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) kelmarin. Untuk kawasan cetek, kita akan ubah strategi kawalan dan kita akan lihat hasilnya nanti.

“Lokasi yang mengalami air Sungai Golok cetek adalah membabitkan beberapa kampung termasuk Jeram Perdah dan Gual Tok Deh di Rantau Panjang.

Kawalan semestinya akan dipertingkatkan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Katanya, beliau juga sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai supaya memperketatkan kawalan di barisan kedua kawasan sempadan.

“Ini kerana kebanyakan lokasi di barisan pertama dipertanggungjawab oleh Angkatan Tentera Malaysia dan PGA,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 02 Apr 2024 7.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM