
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Ejen Perisik Atau Cari Penjenayah Seteru
Petaling Jaya, 2 April 2024 - Polis Diraja Malaysia sedang menyiasat motif sebenar keberadaan lelaki warga Israel di negara ini yang ditahan di sebuah hotel, R...
Petaling Jaya, 2 April 2024 - Polis Diraja Malaysia sedang menyiasat motif sebenar keberadaan lelaki warga Israel di negara ini yang ditahan di sebuah hotel, Rabu lalu.
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan pihaknya kini menumpukan kepada pergerakan suspek sepanjang berada di negara ini pada 12 Mac lalu.
“Ini termasuk kemungkinan elemen yang dikaitkan dengan isu Palestin dan Israel, katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam pada itu, Tan Sri Razarudin berkata, siasatan setakat ini dilakukan secara menyeluruh termasuk kemungkinan suspek terlibat dalam ejen perisikan Israel selain dakwaan ingin mencari penjenayah seteru.
Bagaimanapun, jelas beliau, pihaknya meminta orang ramai tidak menimbulkan spekulasi dan menyerahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan lanjut.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.