
Article
Keratan Akhbar Pilihan Polis Ubah Strategi Kawal Sempadan Sungai Golok
Kota Bharu, 2 April 2024 - Polis Kelantan akan mengubah strategi kawalan sempadan di lokasi Sungai Golok yang cetek akibat musim kemarau, bagi menangani kegiat...
Kota Bharu, 2 April 2024 - Polis Kelantan akan mengubah strategi kawalan sempadan di lokasi Sungai Golok yang cetek akibat musim kemarau, bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun, bagaimanapun enggan mendedahkan kaedah strategi dilakukan itu.
“Lokasi yang mengalami air Sungai Golok cetek adalah membabitkan beberapa kampung termasuk Jeram Perdah dan Gual Tok Deh di Rantau Panjang.
Kawalan semestinya akan dipertingkatkan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Katanya, beliau juga sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai supaya memperketatkan kawalan di barisan kedua kawasan sempadan.
“Ini kerana kebanyakan lokasi di barisan pertama dipertanggungjawab oleh Angkatan Tentera Malaysia dan PGA,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.