Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Tumpaskan Sindiket Pengedaran Bunga Ganja Bernilai Rm553 500

Published: 29 Oct 2025 7.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2025 - Menjadikan kawasan parkir sebagai lokasi jual beli dadah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-tumpaskan-sindiket-pengedaran-bunga-ganja-bernilai-rm553-500
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:37 MYT


Kuala Lumpur, 29 Oktober 2025 - Menjadikan kawasan parkir sebagai lokasi jual beli dadah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Namun taktik sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang itu berjaya dipatahkan polis, susulan penahanan pasangan kekasih, Sabtu lalu bersama bunga Ganja seberat 18.5 kilogram (kg) bernilai RM553,500.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Fadil Hj. Marsus berkata, pasangan berusia 47 tahun dan 56 tahun itu ditahan pasukan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur pada 3.20 petang, selepas mengesan mereka dalam keadaan mencurigakan di kawasan parkir sebuah kondominium di Jalan Klang Lama di sini.

“Suspek adalah warga tempatan disyaki berperanan sebagai "runner" sindiket. Pemeriksaan ke atas kereta jenis Proton Exora dinaiki pasangan itu menemui bunga Ganja, yang mana dadah itu boleh dibekal kepada kira-kira 37,000 pengguna,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, ujian saringan air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dadah, manakala suspek pertama (lelaki) mempunyai dua rekod lampau membabitkan Seksyen 380 Kaun Keseksaan dan Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1952.

“Pasangan itu direman selama enam hari bermula 26 Oktober hingga 31 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Bunga ganja RM553,500 dalam Εχονα Kuala Lumpur: Menjadi- Ketua Polis ιa Tum- kawasan parkir irsebagai Datuık Fadi
ArticlePublished 29 Oct 2025 7.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM