Ingat! Agensi penguat kuasa tidak akan menggunakan nombor telefon bimbit bagi urusan rasmi atau minta maklumat peribadi seperti akaun bank, MyKad atau "Transaction Authorisation Code / One-Time Password".
Ambil langkah bijak dengan melindungi diri dan keluarga agar tidak terperangkap dalam penipuan panggilan.
Semak dahulu sebelum percaya. Hubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan di talian 997.
