Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Tumpas Geng Bala

Published: 15 May 2024 2.01 AM Updated: 15 Aug 2026 8.15 PM
Johor Bahru, 15 Mei 2024 – Polis Johor menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks selepas lapan ahli Geng Bala, termasuk dalangnya ditahan dalam lima serbuan di bandar raya ini dan Kulai, antara 21 April hingga 1 Mei lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-tumpas-geng-bala
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:59 MYT
Johor Bahru, 15 Mei 2024 – Polis Johor menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks selepas lapan ahli Geng Bala, termasuk dalangnya ditahan dalam lima serbuan di bandar raya ini dan Kulai, antara 21 April hingga 1 Mei lalu.
Ketua Polis Johor, CP Dato' M. Kumar S. Muthuvelu, berkata dalam operasi itu, pihaknya turut menyelamatkan 13 wanita warga asing berusia 22 hingga 49 tahun yang menjadi mangsa sindiket itu.
Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket terbabit aktif mendalangi persundalan sejak November tahun lalu.
Katanya, sindiket berkenaan menggunakan modus operandi dengan memperdaya mangsa kononnya menawarkan kerja sebagai operator kilang dan pembantu menerusi ejen.
"Apabila tiba di negara ini menerusi pintu masuk antarabangsa, mangsa akan diajar memasuki negara ini untuk tujuan melancong dan diberikan 'wang tunjuk' sebelum dibawa ke rumah transit" katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 15 May 2024 2.01 AMUpdated 15 Aug 2026 8.15 PM