Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Tingkat Kawalan Keselamatan Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 27 May 2022 2.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian yang bersempadan di daerah Tumpat, Kelantan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-tingkat-kawalan-keselamatan-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:46 MYT
Shah Alam, 27 Mei 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian yang bersempadan di daerah Tumpat, Kelantan.

Ia susulan kejadian berbalas tembakan dan letupan bom yang berlaku di Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, aset berkenaan meliputi pemantauan helikopter dan dron.

"Kita (PDRM) dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan.

"Selain kawalan sempadan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM telah menambah anggota dan aset PGU melibatkan pemantauan helikopter dan dron," katanya.
Tambah beliau, penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mengesan sesuatu yang mencurigakan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text that says 'SERANGANKA,THAILAND Tak Bai Narathiwa Polis tingkat kawalan keselamatan PDRM perketat kawalan sempadan, tam

ArticlePublished 27 May 2022 2.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM