Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Senoi Praaq Kawal Sungai Golok Timbalan Kpn

Diterbitkan: 09 Dec 2024 3.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pasir Mas, 9 Disember 2024 - Pasukan Gerakan Am Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-senoi-praaq-kawal-sungai-golok-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:40 MYT
Pasir Mas, 9 Disember 2024 - Pasukan Gerakan Am Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia bagi membantu penugasan di sempadan Malaysia-Thailand.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di Balai Polis Repek di sini pada Ahad.

Sebelum itu beliau turun padang meninjau situasi banjir di negeri ini yang turut disertai Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat.

Media tempatan sebelum ini melaporkan hampir 100 anggota PGA Senoi Praaq akan membantu tugas di sempadan Kelantan-Thailand susulan pelaksanaan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram bermula 1 Disember lalu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
ArtikelDiterbitkan 09 Dec 2024 3.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM