Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Terima 10 Kenderaan Perisai

Diterbitkan: 23 Aug 2020 3.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 Ogos 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima kenderaan perisai Armoured Personal Carrier (APC) untuk kegunaan anggota semasa penugasan rondaan di sempadan negara bagi menjamin keselamatan termasuk ketika diancam musuh.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-terima-10-kenderaan-perisai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:55 MYT

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima kenderaan perisai Armoured Personal Carrier (APC) untuk kegunaan anggota semasa penugasan rondaan di sempadan negara bagi menjamin keselamatan termasuk ketika diancam musuh.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, permohonan untuk mendapatkan kenderaan perisai APC itu telah diluluskan selepas pihaknya mendapati aset sedia ada sudah uzur.

"Sebelum ini, kita ada meminta dibekalkan dengan kenderaan perisai APC untuk kegunaan rondaan di sempadan.

"Saya difahamkan permohonan itu telah diluluskan dan sedang menunggu proses perolehan," katanya kepada Kosmo Ahad di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas insiden dua anggota polis yang nyaris terkena tembakan dilepaskan penyeludup warga Thailand di pengkalan haram Poksu Kamal di Tanah Merah, Kelantan pada Rabu lalu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo Online

Image may contain: 1 person, text that says 'MALIK KUALA LUMPUR Tingkatkan kawalan, lindung anggota daripada serangan di sempadan Polis terima 10 kenderaan
ArtikelDiterbitkan 23 Aug 2020 3.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM