Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Tangkap Ayah Bos Bersama 113 Pengikut

Diterbitkan: 21 Jan 2020 3.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 21 Januari 2020 - Seramai 114 individu dipercayai ahli kongsi gelap Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Sejagat (PAKIS), termasuk ketua mereka dikenali sebagai Ayah Bos', ditahan polis dalam serbuan di Jalan Genting Klang, Sabtu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-tangkap-ayah-bos-bersama-113-pengikut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:51 MYT

Kuala Lumpur, 21 Januari 2020 - Seramai 114 individu dipercayai ahli kongsi gelap Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Sejagat (PAKIS), termasuk ketua mereka dikenali sebagai Ayah Bos', ditahan polis dalam serbuan di Jalan Genting Klang, Sabtu lalu.

Polis turut merampas empat bilah pedang, kayu cota, buku borang pendaftaran ahli Badan Amal Tarbiyah Sejagat Malaysia (BATAS) dan enam al-Quran serta sejadah, yang dipercayai bagi tujuan majlis angkat sumpah atau 'baiah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed, mengesahkan ketua kumpulan berkenaan dikenali sebagai Ayah Bos, berusia 50 tahun juga ditahan dalam serbuan berkenaan.

Turut ditahan ialah Ayah TCB atau Taucu Bhai, Ayah Man Keramat dan beberapa individu lain dipercayai kononnya pemimpin kumpulan BATAS dan PAKIS, di sekitar Lembah Klang,

"Berdasarkan maklumat, kumpulan yang turut mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap 'Double Seven' itu akan menjalankan upacara atau majlis angkat sumpah tanda setia bagi pemimpin dan ahli kumpulannya.

"Ketika serbuan dibuat, lebih 100 lelaki sedang duduk bersila dalam keadaan berbaris di ruang tamu dan pihak polis percaya satu upacara angkat sumpah bakal diadakan di lokasi berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian seperti berikut.

Image may contain: 1 person, text

 
ArtikelDiterbitkan 21 Jan 2020 3.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM