Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 930 Saman Dikeluarkan Dalam Operasi Banteras Rempit Di Butterworth

Diterbitkan: 21 Jan 2020 3.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Butterworth, 21 Januari 2020 – Sebanyak 2,358 buah motosikal diperiksa dan 930 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi yang dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini, malam kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-930-saman-dikeluarkan-dalam-operasi-banteras-rempit-di-butterworth
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:59 MYT

Butterworth, 21 Januari 2020 – Sebanyak 2,358 buah motosikal diperiksa dan 930 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi yang dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini, malam kelmarin.

Operasi melibatkan lebih 70 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tersebut bertujuan membanteras aktiviti rempit di kawasan berkenaan, hasil daripada aduan orang ramai.

Selain itu, sejumlah 175 motosikal disita dan 24 lelaki ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya.

Mereka yang ditahan diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh dua kilometer (km) ke balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut.

Dalam operasi sama, 11 individu ditahan kerana di bawah umur, tiga positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang lagi positif Tetrahydrocannabinol.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro seperti berikut.

Image may contain: 1 person
ArtikelDiterbitkan 21 Jan 2020 3.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM