Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Sepasang Suami Steri Rampas Dadah Bernilai Lebih Rm2 8 Juta

Published: 03 Nov 2025 2.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ipoh, 1 November 2025 - Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah dan merampas Methamphetamine bernilai lebih RM2.8 juta dalam serbuan di Taiping, Rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-tahan-sepasang-suami-steri-rampas-dadah-bernilai-lebih-rm2-8-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT


Ipoh, 1 November 2025 - Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah dan merampas Methamphetamine bernilai lebih RM2.8 juta dalam serbuan di Taiping, Rabu lalu.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Noor Hisam Nordin berkata, operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak itu dilakukan jam 5.15 petang hasil maklumat risikan dan aduan awam.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan terlebih dulu di tepi jalan berhampiran kawasan pasar Pokok Assam kerana disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah.

“Hasil soal siasat terhadap suspek, dia membawa polis ke sebuah rumah di Taman Assamara, di mana seorang wanita tempatan berusia 26 tahun turut ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'ផា្រីរាីន់ិ់ 배2 Polis pasang suami yang terbabit sindi- pengedaran STP.LMANIMARAN RM2.8 NOOR H
ArticlePublished 03 Nov 2025 2.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM