
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Sepasang Suami Steri Rampas Dadah Bernilai Lebih Rm2 8 Juta
Ipoh, 1 November 2025 - Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah dan merampas Methamphetamine bernilai lebih RM2....
Ipoh, 1 November 2025 - Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah dan merampas Methamphetamine bernilai lebih RM2.8 juta dalam serbuan di Taiping, Rabu lalu.
Ketua Polis Perak, CP Dato' Noor Hisam Nordin berkata, operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak itu dilakukan jam 5.15 petang hasil maklumat risikan dan aduan awam.
Beliau berkata, seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan terlebih dulu di tepi jalan berhampiran kawasan pasar Pokok Assam kerana disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah.
“Hasil soal siasat terhadap suspek, dia membawa polis ke sebuah rumah di Taman Assamara, di mana seorang wanita tempatan berusia 26 tahun turut ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, semalam.