Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Seorang Lelaki Rampas Bunga Ganja Bernilai Rm4 04 Juta

Published: 04 Nov 2025 12.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Alor Setar, 4 November 2025 - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 112.43 kilogram (kg) dadah jenis Bunga Ganja bernilai RM4.04 juta yang diseludup masuk ke negara ini dari negara jiran, pada Rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-tahan-seorang-lelaki-rampas-bunga-ganja-bernilai-rm4-04-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:26 MYT


Alor Setar, 4 November 2025 - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 112.43 kilogram (kg) dadah jenis Bunga Ganja bernilai RM4.04 juta yang diseludup masuk ke negara ini dari negara jiran, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan dalam operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tol Sungai Dua, Pulau Pinang, pada jam 2.30 petang.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan hasil risikan dan tindakan pantas pasukan JSJN IPK Kedah dan bantuan Pasukan Peronda Lebuhraya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman serta JSJN Kontinjen Pulau Pinang.
“Lelaki itu ditahan ketika memandu sebuah Toyota Vellfire yang disyaki disewa untuk membawa dadah berkenaan.

“Pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan itu mendapati empat kotak besar dibaluti plastik hitam dan setiap kotak mengandungi 51 bungkusan plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki Bunga Ganja.

“Jumlah keseluruhan Bunga Ganja sebanyak 112.43kg bernilai RM4.04 juta,” katanya pada sidang media di IPK Kedah, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 04 Nov 2025 12.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM