Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pic Of The Day Kecekapan Anggota Polis Bantu Tenangkan Dua Kanak Kanak Terkunci Dalam Kereta

Diterbitkan: 04 Nov 2025 3.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kecekapan dua anggota dari Balai Polis Setia Indah berjaya menenangkan dua kanak-kanak, masing-masing berusia tiga dan satu tahun yang terkunci di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Jabatan Pengangkutan Jalan Taman Daya, Johor Bahru pada Jumaat lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-kecekapan-anggota-polis-bantu-tenangkan-dua-kanak-kanak-terkunci-dalam-kereta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT


Kecekapan dua anggota dari Balai Polis Setia Indah berjaya menenangkan dua kanak-kanak, masing-masing berusia tiga dan satu tahun yang terkunci di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Jabatan Pengangkutan Jalan Taman Daya, Johor Bahru pada Jumaat lalu.

Koperal Muhaizad Yusop dan Konstabel Chris Hazel Christus segera bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan dari Pusat Kawalan.

Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua anggota berusaha menenangkan kanak-kanak yang ketakutan sambil memastikan keadaan persekitaran selamat selama kira-kira 15 minit sementara menunggu bantuan tiba.

Dengan kerjasama daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pintu kenderaan akhirnya berjaya dibuka dan kedua-dua kanak-kanak dikeluarkan dalam keadaan selamat.

Kecekapan yang ditunjukkan oleh kedua-dua anggota berkenaan bukan sahaja berjaya mengelakkan insiden yang tidak diingini, malah mencerminkan dedikasi dan komitmen tinggi Polis Diraja Malaysia dalam melindungi keselamatan serta kebajikan masyarakat.


Sumber: Balai Polis Setia Indah

Pic Of The Day Kecekapan Anggota Polis Bantu Tenangkan Dua Kanak Kanak Terkunci Dalam Kereta

Pic Of The Day Kecekapan Anggota Polis Bantu Tenangkan Dua Kanak Kanak Terkunci Dalam Kereta

Pic Of The Day Kecekapan Anggota Polis Bantu Tenangkan Dua Kanak Kanak Terkunci Dalam Kereta

Pic Of The Day Kecekapan Anggota Polis Bantu Tenangkan Dua Kanak Kanak Terkunci Dalam Kereta

ArtikelDiterbitkan 04 Nov 2025 3.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM