Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TAHAN ENAM WARGA BANGLADESH, RAMPAS PELBAGAI BARANG

Diterbitkan: 11 Aug 2025 1.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 9 Ogos 2025 - Polis berjaya membongkar kegiatan pelacuran apabila menahan sekumpulan warga Bangladesh dalam serbuan di kawasan kebun kelapa di Kampung Tualang Tujuh, Kampung Kepayang di sini pada Khamis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-tahan-enam-warga-bangladesh-rampas-pelbagai-barang-20250811
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:29 MYT
Ipoh, 9 Ogos 2025 - Polis berjaya membongkar kegiatan pelacuran apabila menahan sekumpulan warga Bangladesh dalam serbuan di kawasan kebun kelapa di Kampung Tualang Tujuh, Kampung Kepayang di sini pada Khamis.

Dalam serbuan pada jam 7.30 petang itu, dua wanita dan empat lelaki berkenaan menjadikan sebuah rumah tumpangan sebagai sarang aktiviti tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, serbuan dijalankan oleh anggota dari Balai Polis Simpang Pulai ketika menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah Khas.

Menurutnya, kesemua suspek berusia 32 hingga 49 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Mereka ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran selain tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.

“Dalam serbuan itu, kita merampas 16 keping kondom, minyak urut, tisu basah, wang tunai RM100, dan dua teleton bimbit,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2025 1.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM