Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Sudah Kenal Pasti Pelaku Dera Anak Kera Ekor Panjang

Published: 16 Feb 2023 4.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 16 Februari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan tiada tindakan diambil oleh pasukan keselamatan itu berhubung tindakan seorang individu menyeksa seekor anak kera ekor panjang, baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-sudah-kenal-pasti-pelaku-dera-anak-kera-ekor-panjang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:01 MYT
Shah Alam, 16 Februari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan tiada tindakan diambil oleh pasukan keselamatan itu berhubung tindakan seorang individu menyeksa seekor anak kera ekor panjang, baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP A. Skandaguru berkata, pasukan keselamaan itu sudah mengenal pasti pelaku dalam kes tersebut dan kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Arahan seterusnya daripada TPR ialah agar rakaman percakapan susulan dijalankan esok bagi melengkapkan lagi siasatan.

“Kertas siasatan berkenaan seterusnya akan dirujuk semula kepada TPR untuk mendapatkan arahan lanjut. Oleh demikian, dakwaan bahawa tiada tindakan diambil PDRM adalah tidak benar,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, semua pihak perlu bekerjasama dan tidak membuat spekulasi mengenai proses siasatan serta memberi ruang bagi prosedur pendakwaan berlangsung.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
 
 
ArticlePublished 16 Feb 2023 4.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM