
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Serbu Premis Selamatkan Kanak Kanak 11 Tahun Jadi Mangsa Hamba Seks
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.
Kuala Langat, 24 Februari 2024 - Penderitaan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dijadikan hamba seks berakhir selepas mangsa diselamatkan dalam serbuan di sebuah premis di Banting, di sini kelmarin.
Dalam operasi pada pukul 3 petang itu, pihak berkuasa turut menyelamatkan seorang wanita bersama bayinya serta seorang kanak-kanak lelaki.
Operasi itu dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Langat.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan mengubah suai premis berkenaan kepada empat bilik.
Menurut beliau, setiap bilik tersebut hanya menggunakan langsir sebagai penutup.
“Hasil siasatan turut mendapati premis pelacuran itu beroperasi sejak dua bulan lalu dan menyasarkan pelanggannya dalam kalangan warga asing.
“Semasa serbuan dijalankan, polis menangkap seorang wanita tempatan yang berperanan sebagai 'ibu ayam' dan dua wanita warga Indonesia dipercayai bekerja sebagai pelacur,” katanya.