Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Selangor Pantau 17 Geng Kongsi Gelap

Diterbitkan: 23 Jan 2021 3.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 23 Januari 2021 - Polis Selangor mendedahkan sebanyak 17 kumpulan kongsi gelap kini di bawah pemantauan unit khas yang ditubuhkan di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-selangor-pantau-17-geng-kongsi-gelap
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:58 MYT
Shah Alam, 23 Januari 2021 - Polis Selangor mendedahkan sebanyak 17 kumpulan kongsi gelap kini di bawah pemantauan unit khas yang ditubuhkan di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata, ahli dan ketua semua kumpulan itu kini dipantau berikutan beberapa kes jenayah di Lembah Klang yang dikaitkan dengan kumpulan berkenaan.

Menurut beliau, kumpulan itu disyaki terlibat dalam kes bunuh, samun, pemerasan dan merekrut ahli baharu.

“Laporan yang kerap diterima polis ialah mereka banyak terlibat dalam pergaduhan melibatkan kumpulan yang berpunca daripada perebutan kawasan dan merekrut ahli kumpulan lain.

“Perebutan kawasan lazimnya berlaku akibat aktiviti menjual dadah dan peras ugut (wang perlindungan) serta pelbagai kegiatan jenayah lain yang boleh mendatangkan wang dan pendapatan,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran atau di pautan,

https://www.sinarharian.com.my/.../Polis-Selangor-pantau...

Sumber:

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 23 Jan 2021 3.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM