Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Selamatkan 43 Wanita Mangsa Eksploitasi Kerja

Diterbitkan: 14 Jan 2021 2.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 14 Januari 2021 - Polis menyelamatkan 43 wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi kerja secara paksa oleh sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan di Cheras di sini, awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-selamatkan-43-wanita-mangsa-eksploitasi-kerja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:17 MYT
Kuala Lumpur, 14 Januari 2021 - Polis menyelamatkan 43 wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi kerja secara paksa oleh sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan di Cheras di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang diselamatkan terdiri daripada 37 wanita warga Indonesia dan enam wanita warga Kemboja berusia antara 20 hingga 43 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) D3, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus berkata, polis membuat lima serbuan berasingan di Cheras dan menahan 18 suspek lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 60 tahun.

Beliau berkata, daripada 19 suspek yang ditahan, tiga daripada mereka dipercayai pemilik dan pengurus syarikat, manakala suspek lain berperanan sebagai penjaga asrama pekerja dan mengangkut mangsa ke tempat kerja.

"Semua mangsa yang diselamatkan bekerja sebagai tukang cuci dan dipercayai dieksploitasi mengikut takrifan sebagai buruh paksa," ujarnya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.
Sumber: Berita Harian

Image may contain: 1 person, text that says 'Polis selamatkan 43 wanita mangsa eksploitasi kerja Lima serbuan terdiri daripada wanita mendapati berkenaan m
ArtikelDiterbitkan 14 Jan 2021 2.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM