Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Selamatkan 3 Remaja Myanmar Jadi Buruh Paksa

Published: 06 Jan 2024 3.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 Januari 2024 - Tiga remaja bawah umur berusia 13 hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa pemerdagangan orang dan dipaksa menjadi buruh di sebuah kilang, diselamatkan dalam serbuan Bahagian D3, Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, petang kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-selamatkan-3-remaja-myanmar-jadi-buruh-paksa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:08 MYT
Kuala Lumpur, 6 Januari 2024 - Tiga remaja bawah umur berusia 13 hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa pemerdagangan orang dan dipaksa menjadi buruh di sebuah kilang, diselamatkan dalam serbuan Bahagian D3, Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, petang kelmarin.

Serbuan pada jam 2.30 petang ke atas sebuah kilang memproses barangan komponen elektrik terpakai di Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor, yang beroperasi dengan menggunakan lesen yang sudah tamat tempoh.

JSJ Bukit Aman memaklumkan, selain menyelamatkan tiga remaja warga Myanmar yang dieksploitasi sebagai buruh paksa, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga India berusia 27 tahun berperanan sebagai penyelia kilang dan 10 pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Suspek warga India terbabit adalah penyelia kilang mengawal dan menguruskan segala pergerakan tiga remaja yang dijadikan buruh paksa serta memantau semua 10 PATI yang bekerja di kilang berkenaan.

“Siasatan polis mendapati mereka bekerja dari jam 9 pagi hingga 9 malam selama enam hari seminggu dan tinggal dalam ruangan pejabat sempit.

“Semua pekerja, termasuk remaja bawah umur dibayar gaji RM1,200 hingga RM1,300 sebulan itu tidak dibenarkan keluar dari kilang dan pergerakan mereka dipantau dan dikawal melalui kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 06 Jan 2024 3.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM