Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Wanita Tak Serik Ulang Kesalahan Sejak 2013 Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 06 Jan 2024 3.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 Januari 2024 - Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan, kelmarin, selepas disyaki menipu dengan bermodalkan barangan yang didakwa barang rampasan pihak kastam pada harga murah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-wanita-tak-serik-ulang-kesalahan-sejak-2013-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:37 MYT
Kuala Lumpur, 6 Januari 2024 - Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan, kelmarin, selepas disyaki menipu dengan bermodalkan barangan yang didakwa barang rampasan pihak kastam pada harga murah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 37 hingga 46 tahun itu ditahan di Batu 9 Cheras, Selangor, kelmarin.

Katanya, tangkapan itu dilakukan susulan laporan dibuat seorang wanita pada Disember lalu yang mendakwa kerugian RM25,990 bagi membeli telefon bimbit, komputer riba dan kereta dijual oleh suspek pada harga murah.

“Hasil soal siasat awal dilakukan mendapati suspek utama iaitu wanita berusia 46 tahun mengaku telefon bimbit, komputer riba dan dua kereta dijanjikan untuk dijual dengan pengadu adalah tidak wujud.

“Malah wanita berkenaan juga mengaku wang yang dibayar oleh pengadu kepadanya digunakan untuk kegunaan peribadi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 06 Jan 2024 3.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM