Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Sambut Bayi Dalam Bot Penambang

Published: 28 Jul 2021 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 28 Julai 2021 - Tindakan pantas pasukan polis berjaya menyelamat nyawa seorang wanita bersama bayinya yang baru dilahirkan di atas bot penambang di Jeti Penambang dekat Safma, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-sambut-bayi-dalam-bot-penambang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:52 MYT

#BiarJasaJadiKenangan

Kota Kinabalu, 28 Julai 2021 - Tindakan pantas pasukan polis berjaya menyelamat nyawa seorang wanita bersama bayinya yang baru dilahirkan di atas bot penambang di Jeti Penambang dekat Safma, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, wanita berusia lingkungan 30-an yang tinggal di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini, dikatakan terpaksa dibawa menaiki bot selepas mengadu sakit mahu bersalin.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, wanita terbabit tidak dapat menahan dan terus melahirkan anak di atas bot penambang berkenaan.

Kehadiran mereka di jeti pasar berkenaan menarik perhatian pasukan polis yang sedang berkawal berikutan kawasan Pulau Gaya diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sebaik diperiksa, pasukan polis dimaklumkan mengenai kelahiran itu dan mereka mengangkat wanita dan bayinya ke atas jeti.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of one or more people and people standing
ArticlePublished 28 Jul 2021 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM