Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Dadah Bernilai Rm4 8 Juta Dalam Tempoh Dua Jam

Diterbitkan: 20 Nov 2020 1.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 20 November 2020 - Satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditumpaskan dalam masa dua jam menerusi lima serbuan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang pada Selasa lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-dadah-bernilai-rm4-8-juta-dalam-tempoh-dua-jam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:28 MYT

Shah Alam, 20 November 2020 - Satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditumpaskan dalam masa dua jam menerusi lima serbuan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang pada Selasa lalu.

Operasi bermula pukul 11.40 pagi itu dijalankan di beberapa buah rumah dan bengkel di tiga negeri berkenaan.

Dalam operasi itu, polis memberkas enam ahli sindiket termasuk ketuanya dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.8 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato’ Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata, siasatan mendapati sindiket itu dipercayai aktif sejak awal bulan lalu dan mendapat bekalan dari negara jiran.

Kesemua dadah itu dipercayai untuk pasaran Sabah dan Sarawak.

"Siasatan mendapati, penghantaran dadah itu dilakukan melalui kurier bagi dadah yang beratnya tidak melebihi dua kilogram (kg).

"Bagi kuantiti besar pula, barangan itu dihantar menggunakan kargo kapal terbang," katanya pada sidang akhbar di IPK Selangor di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.

Sumber: Kosmo

Image may contain: one or more people
ArtikelDiterbitkan 20 Nov 2020 1.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM