Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Arak Dan Rokok Seludup Bernilai Rm3 Juta

Published: 08 Jan 2021 5.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuching, 8 Januari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas rokok pelbagai jenama dan minuman keras bernilai lebih RM3 juta menerusi Op Libas di dua lokasi berasingan, di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-arak-dan-rokok-seludup-bernilai-rm3-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:27 MYT

Kuching, 8 Januari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas rokok pelbagai jenama dan minuman keras bernilai lebih RM3 juta menerusi Op Libas di dua lokasi berasingan, di sini, kelmarin.

Komander PGA Briged Sarawak, SAC Tuan Mancha Ata berkata, dalam operasi di Batu 13 Jalan Kuching-Serian kira-kira jam 1.00 pagi, sepasukan anggotanya melakukan pemeriksaan ke atas tiga lori mencurigakan yang ditinggalkan di kawasan sebuah bengkel.

"Hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai jenis rokok putih berjumlah 5,000 kartun dianggarkan sejuta batang, 1,610 kotak minuman keras jenis tin dan 87 kotak minuman keras jenis botol.

"Semua barang itu kemudian dirampas kerana disyaki belum mendapat kelulusan kastam dan anggaran keseluruhan rampasan termasuk lori adalah berjumlah RM1,348,861.64," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: 


Image may contain: text that says 'pagi, sepasukan anggotanya sebuah Arak, rokok seludup RM3j dirampas PGA tahan lima tangkapan dan dibuat mengikut Seksyen

ArticlePublished 08 Jan 2021 5.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM