Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas 622 Ekor Ayam Baka Dari Filipina Rm3 2j Rampasan Judi Sabung Ayam

Published: 22 Jul 2025 3.45 PM Updated: 15 Aug 2026 6.45 PM
Petaling Jaya, 22 Julai 2025 - Kegiatan perjudian sabung ayam baka dari Filipina terbongkar selepas polis menyerbu tempat penyimpanan ayam sabung di Tawau, Sabah membabitkan nilai rampasan keseluruhan kira-kira RM3.28 juta, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-622-ekor-ayam-baka-dari-filipina-rm3-2j-rampasan-judi-sabung-ayam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:37 MYT
Petaling Jaya, 22 Julai 2025 - Kegiatan perjudian sabung ayam baka dari Filipina terbongkar selepas polis menyerbu tempat penyimpanan ayam sabung di Tawau, Sabah membabitkan nilai rampasan keseluruhan kira-kira RM3.28 juta, Jumaat lalu.

Serbuan dijalankan pada pukul 2.30 petang menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) oleh pasukan Wildlife Crime Bureau/ Perisikan Siasatan Khas (WCB/ PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KNDKA) Bukit Aman.

Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim berkata, operasi itu turut membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Batalion 14 Pasukan Gerakan Am Tawau serta pasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Cawangan Tawau.

Katanya, serbuan pertama dilakukan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Apas Parit berjaya menahan dua lelaki warga Indonesia dan dua warga Filipina berusia 31 hingga 52 tahun.

“Kita merampas 470 ekor ayam sabung masih hidup baka dipercayai dari Filipina, 40 bilah pisau taji ayam, 130 kotak mengandungi pelbagai vitamin, 50 botol pelbagai vitamin dan 500 unit sangkar, reban ayam sabung.

“Dalam serbuan kedua yang dilakukan di sebuah rumah di Kampung Membalua berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun dan merampas 152 ekor ayam,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas 622 Ekor Ayam Baka Dari Filipina Rm3 2j Rampasan Judi Sabung Ayam
ArticlePublished 22 Jul 2025 3.45 PMUpdated 15 Aug 2026 6.45 PM