Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas 329kg Syabu Rm18 Juta Waragainstdrugs

Published: 04 Aug 2026 2.54 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Semporna, 4 Ogos 2026 – Sebanyak 329 kilogram (kg) dadah jenis Syabu bernilai hampir RM18 juta berjaya dirampas dalam dua serbuan berasingan Sabah, baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-329kg-syabu-rm18-juta-waragainstdrugs
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:26 MYT

Semporna, 4 Ogos 2026 – Sebanyak 329 kilogram (kg) dadah jenis Syabu bernilai hampir RM18 juta berjaya dirampas dalam dua serbuan berasingan Sabah, baru-baru ini.

Dalam serbuan di Tawau dan Semporna itu, enam individu turut ditahan manakala seorang lagi masih diburu dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, menerusi serbuan pertama di Tawau pada 12 Julai lalu, pihaknya berjaya merampas 74.9kg Syabu bernilai kira-kira RM3 juta.

"Empat suspek berusia antara 24 hingga 40 tahun masing-masing dua warga tempatan dan dua warga asing ditahan.

"Keesokan hari, polis membuat serbuan di ladang kelapa sawit di Semporna dan menemui 254kg Syabu dalam 24 beg hitam disimpan dalam sebuah van," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, di sini pada Isnin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text

ArticlePublished 04 Aug 2026 2.54 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM