Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas 329kg Syabu Rm18 Juta

Diterbitkan: 04 Aug 2026 3.03 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Semporna, 4 Ogos 2026 – Sebanyak 329 kilogram (kg) dadah jenis Syabu bernilai hampir RM18 juta berjaya dirampas dalam dua serbuan berasingan Sabah, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-329kg-syabu-rm18-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:57 MYT

Semporna, 4 Ogos 2026 – Sebanyak 329 kilogram (kg) dadah jenis Syabu bernilai hampir RM18 juta berjaya dirampas dalam dua serbuan berasingan Sabah, baru-baru ini.

Dalam serbuan di Tawau dan Semporna itu, enam individu turut ditahan manakala seorang lagi masih diburu dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, menerusi serbuan pertama di Tawau pada 12 Julai lalu, pihaknya berjaya merampas 74.9kg Syabu bernilai kira-kira RM3 juta.

"Empat suspek berusia antara 24 hingga 40 tahun masing-masing dua warga tempatan dan dua warga asing ditahan.

"Keesokan hari, polis membuat serbuan di ladang kelapa sawit di Semporna dan menemui 254kg Syabu dalam 24 beg hitam disimpan dalam sebuah van," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, di sini pada Isnin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 04 Aug 2026 3.03 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM