
Article
Keratan Akhbar Pilihan Polis Perlu Pastikan Bmi Kurang 28 Layak Naik Pangkat Kpn
Kuala Lumpur, 17 Januari 2025 - Anggota polis perlu memenuhi syarat indeks jisim badan (BMI) kurang 28 untuk peluang kenaikan pangkat, kata Ketua Polis Negara...
Kuala Lumpur, 17 Januari 2025 - Anggota polis perlu memenuhi syarat indeks jisim badan (BMI) kurang 28 untuk peluang kenaikan pangkat, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata, syarat BMI itu antara kriteria yang ditambah bagi memastikan proses kenaikan pangkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih ketat.
Beliau yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 36 warga PDRM daripada pelbagai jabatan pada majlis itu berkata, PDRM juga memperkasakan proses kenaikan pangkat agar lebih telus, adil dan memberi peluang sama rata kepada setiap anggota yang layak.
Tan Sri Razarudin memberi contoh, pemangkuan pangkat dalam PDRM dipertingkatkan menerusi pelaksanaan penilaian e-kursus dan Penilaian Kompetensi Atas Talian bermula tahun ini.