Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Perlis Rampas Rokok Dan Mercun Bernilai Rm170 000

Published: 24 Mar 2023 3.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kangar, 24 Mac 2023 - Polis merampas sejumlah rokok seludup, mercun dan bunga api tanpa permit bernilai RM170,000 dalam dua kes berasingan di sekitar Kangar baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-perlis-rampas-rokok-dan-mercun-bernilai-rm170-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 10:17 MYT
Kangar, 24 Mac 2023 - Polis merampas sejumlah rokok seludup, mercun dan bunga api tanpa permit bernilai RM170,000 dalam dua kes berasingan di sekitar Kangar baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, serbuan pertama membabitkan rokok seludup dilakukan pada Isnin lalu.

“Dalam serbuan Op Kontraban sekitar pukul 5.00 petang itu, pasukan penguat kuasa menyerbu sebuah kedai runcit di Kampung Padang Behor, di sini selepas mendapat maklumat awam dan risikan.

“Dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 59 tahun dan merampas 49 karton rokok pelbagai jenis dipercayai tiada duti kastam,” katanya.

Ujarnya, berpandukan maklumat serbuan di lokasi pertama, polis menyerbu lokasi kedua iaitu di sebuah rumah di Taman Sentosa, Kuala Perlis dan menjumpai 473 karton rokok putih pelbagai jenama tanpa duti kastam.

Tambahnya, suspek mempunyai rekod pecah rumah dan kesalahan Akta Bahan Letupan 1957 itu direman sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (l)(d) Akta Kastam 1976.

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan pada Selasa lalu, bertindak atas maklumat Op Kontraban, polis menyerbu sebuah premis di kawasan Jalan Bukit Lagi dipercayai memiliki dan menyimpan mercun serta bunga api tanpa permit.

Jelasnya, hasil pemeriksaan menjumpai 36 kotak besar yang di dalamnya mengandungi 1,560 kotak kecil dan besar, 150 bungkusan kecil dan besar dan 15 ikatan pelbagai jenis mercun dan bunga api dipercayai untuk dipasarkan sempena perayaan Aidilfitri nanti.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
May be an image of 4 people, people standing and text
 
ArticlePublished 24 Mar 2023 3.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM