Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Perlis Kenal Pasti Baik Pulih Pagar Sempadan 97 Km

Published: 13 Jan 2024 8.13 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kangar, 13 Januari 2024 - Polis Perlis akan melaksanakan kajian bagi mengenal pasti pagar di kawasan sempadan sejauh 97 kilometer (km) di Perlis yang rosak atau berlubang dalam meningkatkan aspek keselamatan di sempadan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-perlis-kenal-pasti-baik-pulih-pagar-sempadan-97-km
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:01 MYT
Kangar, 13 Januari 2024 - Polis Perlis akan melaksanakan kajian bagi mengenal pasti pagar di kawasan sempadan sejauh 97 kilometer (km) di Perlis yang rosak atau berlubang dalam meningkatkan aspek keselamatan di sempadan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim berkata, kajian yang dilaksanakan itu membolehkan laluan-laluan tikus utama dapat diberi perhatian oleh Majlis Keselamatan Negara untuk dibaiki dalam mengatasi isu-isu jenayah sempadan.

Katanya, bagi kawasan yang tidak berpagar di sekitar sempadan Perlis, pihaknya membuat pemantauan terutama di sekitar lokasi hutan simpan bersempadan dengan negara jiran.
“Ini bertujuan mengawal penyeludupan barangan bersubsidi, kemasukan pendatang asing, dadah, ketum dan pemburu haram,” katanya.
Sebagai rekod, laluan keselamatan di sempadan Perlis merangkumi jarak 97 km bermula dari Padang Besar, Wang Kelian dan Kuala Perlis.

Lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan sekitar Padang Besar adalah dianggarkan kira-kira 60 km merangkumi Pos Charlie 32 hingga PB14 sejauh 32 km, PB 14 hingga BKC7 (4 km) dan BKC 7 hingga TS9 (24.8 km).

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
ArticlePublished 13 Jan 2024 8.13 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM