Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Pantau Aktiviti Pelacuran Di Pusat Peranginan

Published: 01 Feb 2024 8.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 1 Februari 2024 - Polis Diraja Malaysia sentiasa melakukan pemantauan terhadap pusat-pusat peranginan di negara ini sekiranya terpalit dengan sebarang aktiviti pelacuran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-pantau-aktiviti-pelacuran-di-pusat-peranginan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:19 MYT
Petaling Jaya, 1 Februari 2024 - Polis Diraja Malaysia sentiasa melakukan pemantauan terhadap pusat-pusat peranginan di negara ini sekiranya terpalit dengan sebarang aktiviti pelacuran.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya melalui Bahagian Siasatan Jenayah di setiap daerah sentiasa melakukan risikan dan pemantauan bagi mengesan aktiviti tidak bermoral di pusat-pusat peranginan.

“Selain itu, tindakan juga telah diambil ke atas individu yang dikesan terlibat. Pemantauan akan dipertingkatkan bagi mengekang aktiviti ini (pelacuran) berleluasa,” katanya.

Dalam pada itu, SAC Mohamad Farouk menggesa kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkan kepada pihak polis.

“Kita mohon mereka yang terkesan dengan aktiviti sedemikian untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis agar tindakan selanjutnya boleh diambil,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.
 
ArticlePublished 01 Feb 2024 8.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM