
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Wajib Pakai Kamera Badan Ketika Bertugas Pengarah Jpjkk
Kuala Lumpur, 1 Februari 2024 - Kamera badan (BWC) akan disenaraikan sebagai pemakaian wajib pegawai atau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penugasan.
Kuala Lumpur, 1 Februari 2024 - Kamera badan (BWC) akan disenaraikan sebagai pemakaian wajib pegawai atau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penugasan.
“Bagi memastikan arahan pemakaian dan penggunaan kamera itu dilaksanakan sepenuhnya, prosedur operasi standard sudah disiapkan dan sedang dikemas kini,” katanya.
Beliau berkata, penggunan kamera badan oleh pegawai dan anggota di lapangan bakal memberi impak positif terhadap isu salah laku dan masalah integriti.
Katanya, segala yang berlaku di lapangan atau lokasi penugasan sama ada membabitkan pegawai, anggota polis atau orang awam akan direkodkan.
Datuk Wan Hassan berkata, kamera itu mampu merekodkan pergerakan di lokasi serta tidak mempunyai fungsi memadam rakaman.
“Setiap pengguna merangkumi pegawai, anggota yang memakai kamera badan akan dibekalkan pengenalan khas semasa penugasan.
“BWC mampu merakam video dan audio sehingga lapan jam penugasan dan dijadikan rakaman bukti percakapan serta perbuatan pesalah (individu diperiksa),” katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.