Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Pantau 10 218 Buah Sekolah Pengarah Jpjkk

Published: 18 May 2022 6.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 Mei 2022 - Kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) daripada kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di 10,218 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berperanan untuk mencegah kes jenayah termasuk buli yang melibatkan pelajar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-pantau-10-218-buah-sekolah-pengarah-jpjkk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:32 MYT
Kuala Lumpur, 18 Mei 2022 - Kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) daripada kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di 10,218 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berperanan untuk mencegah kes jenayah termasuk buli yang melibatkan pelajar.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Aidi Ismail berkata, kejadian buli di sekolah sering berlaku dan masih menjadi keutamaan pihaknya untuk melakukan usaha pencegahan.

Menurutnya, kejadian buli mewujudkan gejala samseng atau gengsterisme lebih-lebih lagi terdapat laporan polis dan bukti mangsa yang mengalami kecederaan.

"Kehadiran PPS memang untuk mencegah bukan sahaja kes buli tetapi kes-kes jenayah yang melibatkan pelajar dengan kerjasama pihak sekolah dan KPM," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 18 May 2022 6.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM