Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Melaka Rampas Dadah Rm2 4 Juta Dalam Beg Pakaian

Diterbitkan: 19 Jan 2021 3.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 19 Januari 2021 - Polis Melaka merampas beg pakaian mengandungi dadah jenis Syabu seberat 15.87 kilogram dianggarkan bernilai RM2.4 juta selepas menahan seorang lelaki di Jalan Lereh, Tanjung Kling, di sini, Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-melaka-rampas-dadah-rm2-4-juta-dalam-beg-pakaian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:28 MYT
Melaka, 19 Januari 2021 - Polis Melaka merampas beg pakaian mengandungi dadah jenis Syabu seberat 15.87 kilogram dianggarkan bernilai RM2.4 juta selepas menahan seorang lelaki di Jalan Lereh, Tanjung Kling, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Melaka, DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali berkata, penganggur berusia 39 tahun itu ditahan bersama dadah berkenaan pada jam 7.05 petang ketika sedang berjalan kaki bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Lereh.

"Ketika anggota polis membuat rondaan pencegahan jenayah, mereka terserempak lelaki itu dalam keadaan mencurigakan sebelum suspek bertindak membuang beg dipegangnya ke kawasan rumput.

"Beg itu mengandungi kira-kira 15 bungkusan lutsinar menggunakan jenama minuman teh Cina yang mengandungi Syabu.

"Kita percaya dadah ini digunakan penagih tempatan dan jumlah dirampas boleh menampung kira-kira 20,000 hingga 50,000 penagih secara berperingkat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian

Image may contain: text that says 'ANG IPK Melaka, tosman/BH) Abdul Majid (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas, mediad (Foto Dadah RM2.4 juta dalam beg
ArtikelDiterbitkan 19 Jan 2021 3.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM