
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Marin Tahan Kapal Kargo Bawa Diesel Seludup Rm1 4 Juta
Ketua Polis IPD Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, sepasukan anggota yang melakukan rondaan bertindak menahan sebelum memeriksa sebuah kapal kargo dalam keada...
Sibu, 1 Mei 2023 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sibu merampas 200,000 liter diesel dipercayai cuba diseludup dalam Op Taring Pensura di perairan Tanjung Ensurai, Sungai Batang Rajang, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis IPD Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, sepasukan anggota yang melakukan rondaan bertindak menahan sebelum memeriksa sebuah kapal kargo dalam keadaan mencurigakan pada jam 4 petang.
“Dalam pemeriksaan itu, PPM menahan dua lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia 34 hingga 67 tahun bagi membantu siasatan.
“Pemeriksaan lanjut ke atas kapal itu didapati membawa muatan 200,000 liter diesel tanpa sebarang dokumen. Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM1.4 juta,” katanya dalam kenyataan, semalam.