
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Malaysia Thai Perketat Keselamatan Perairan Elak Jenayah Seludup
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Shafien Mamat berkata, kerjasama itu dilakukan dengan meningkatkan rondaan dan pemeriksaan rambang di sepanjang perairan kedua-d...
Tumpat, 12 April 2022 - Malaysia-Thailand menerusi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Thai Marine Police (TMP) bekerjasama erat dalam memperketatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang pembolosan jenayah rentas sempadan.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Shafien Mamat berkata, kerjasama itu dilakukan dengan meningkatkan rondaan dan pemeriksaan rambang di sepanjang perairan kedua-dua negara terbabit.
'"Pasukan polis sentiasa siap siaga dalam kawalan di sempadan perairan negara bagi memastikan negara ini kebal daripada dibolosi jenayah.
"Hubungan yang rapat antara PPM Wilayah Tiga bersama pasukan sahabat dari negara jiran Thailand membolehkan perkongsian maklumat berkaitan aktiviti rentas sempadan dapat disalurkan dengan lebih berkesan pada setiap masa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.