Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Kesan Pelarian Rohingya Ceroboh Malaysia Sepanjang Tahun Pengarah Jabatan Kdnka

Diterbitkan: 24 Apr 2022 2.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Mengakui perkara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, mereka memasuki negara ini tidak bergantung kepada hari-hari tertentu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-kesan-pelarian-rohingya-ceroboh-malaysia-sepanjang-tahun-pengarah-jabatan-kdnka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
Kuala Lumpur, 24 April 2022 - Pelarian etnik Rohingya dikesan menceroboh masuk ke Malaysia sepanjang tahun berikutan faktor senang untuk 'cari makan' atau mencari pekerjaan di negara ini.

Mengakui perkara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, mereka memasuki negara ini tidak bergantung kepada hari-hari tertentu.

"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi mereka sudah masuk ke negara kita. Tak ada kena mengena dengan PKP, sekarang pun ada sahaja yang seludup masuk ke sini.

"Apa yang kita nampak, mereka akan berusaha masuk ke negara ini apabila adanya ruang dan peluang. Mereka tak peduli, sebab itulah penguat kuasa kita yang mengawal sempadan tak boleh alpa.

"Tidak dinafikan mereka memang suka masuk ke Malaysia kerana senang nak cari makan dan cari kerja. Bagi mengelak daripada dicekup, mereka sanggup mengaku sebagai pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR)," ujarnya ketika dihubungi kelmarin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of 6 people and text that says 'Etnik Rohingya bayar tekong bot RM1,500 seorang, masuk ikut 'jalan dugong Ceroboh Malaysia sepanjang t
ArtikelDiterbitkan 24 Apr 2022 2.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM