Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Kesan Bookie Promosi Judi Piala Dunia Di Media Sosial

Published: 08 Jun 2026 6.45 AM Updated: 15 Aug 2026 7.53 PM
Kuala Lumpur, 8 Jun 2026 - Sindiket aktiviti pertaruhan atau “bookie” haram dikesan mencari pelbagai kaedah mempromosi judi sempena Piala Dunia 2026 termasuk trend menjadikan pempengaruh (influencer) media sosial untuk mempromosikan kegiatan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-kesan-bookie-promosi-judi-piala-dunia-di-media-sosial
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:35 MYT
Kuala Lumpur, 8 Jun 2026 - Sindiket aktiviti pertaruhan atau “bookie” haram dikesan mencari pelbagai kaedah mempromosi judi sempena Piala Dunia 2026 termasuk trend menjadikan pempengaruh (influencer) media sosial untuk mempromosikan kegiatan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, jika dahulu pertaruhan tertumpu kepada kaedah konvensional (bookie fizikal), namun data semasa menunjukkan aktiviti kali ini akan beralih hampir 90 peratus kepada platform digital (perjudian dalam talian) yang membolehkan pertaruhan dibuat 24 jam sehari tanpa sempadan fizikal.

Menurutnya, sindiket lazimnya menggunakan iklan dan promosi yang menarik dengan menjanjikan promosi yang menjanjikan pulangan lumayan, bonus pendaftaran, kredit percuma serta kemudahan pertaruhan secara langsung semasa perlawanan berlangsung.
"Mereka turut mengguna media sosial, aplikasi pesanan dan laman sesawang tertentu bagi menarik pelanggan baharu.

"Polis Diraja Malaysia turut menyedari trend menjadikan pempengaruh (influencer) media sosial untuk mempromosikan aktiviti haram ini di laman-laman media sosial," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 08 Jun 2026 6.45 AMUpdated 15 Aug 2026 7.53 PM