Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Kelantan Perketat Kawalan Di Sempadan

Diterbitkan: 21 Mar 2022 1.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 21 Mac 2022 - Polis Kelantan bersiap siaga menguatkuasakan peraturan ketat khususnya di pintu sempadan negara jiran apabila sempadan negara dibuka pada 1 April nanti.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-kelantan-perketat-kawalan-di-sempadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:12 MYT
Kota Bharu, 21 Mac 2022 - Polis Kelantan bersiap siaga menguatkuasakan peraturan ketat khususnya di pintu sempadan negara jiran apabila sempadan negara dibuka pada 1 April nanti.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Shafien Mamat berkata polis bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) juga akan meningkatkan rondaan di kawasan strategik yang sering dijadikan sebagai pangkalan haram.
"Berdasarkan data, ada sebanyak 93 pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand yang dikesan aktif dan dengan pembukaan sempadan ini, dijangkakan kemungkinan pangkalan-pangkalan itu juga turut aktif kembali," katanya.
Mengulas lanjut, CP Dato’ Shafien turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand sebagai jalan keluar masuk.

"Pada peringkat awal kawalan ketat akan dilakukan kerana kita bimbang kemungkinan ada pihak tertentu yang ingin rentas sempadan secara haram," katanya.
Justeru, katanya, orang ramai diingatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan kerana pemeriksaan ketat pihak berkuasa akan sentiasa dikuatkuasakan di pintu sempadan negara.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2022 1.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM