
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Kawal Ketat Sempadan Elak Seludup Migran
Kangar, 4 Ogos 2022 - Polis sentiasa mengawal ketat kawasan Wang Kelian, Padang Besar di sini yang pernah digemparkan dengan penemuan kem penempatan sementara...
Kangar, 4 Ogos 2022 - Polis sentiasa mengawal ketat kawasan Wang Kelian, Padang Besar di sini yang pernah digemparkan dengan penemuan kem penempatan sementara dan kubur besar yang menempatkan 139 mayat di Bukit Wang Burma.
Dalam masa yang sama, temu bual dengan penduduk Wang Kelian dan Wang Prachan, Thailand memaklumkan tiada pergerakan penyeludupan migran berlaku di kawasan itu.
Bercakap kepada Utusan Online, Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Surina Saad berkata, kawasan sempadan itu dikawal ketat Pasukan Gerakan Am menyebabkan tidak berlaku penyeludupan migran di Wang Kelian.
Katanya, kawalan ketat kawasan itu turut diperkukuhkan dengan kehadiran Komando 69, Pasukan Gerakan Khas yang sentiasa melakukan rondaan jarak jauh selepas kejadian tersebut.
"Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas kontinjen turut membuat rondaan dan pemantauan yang ketat di kawasan tersebut.
"Selain itu, faktor muka bumi di Wang Kelian yang berbukit-bukau turut menghalang aktiviti penyeludupan migran di kawasan berkenaan," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.