Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Kaji Elaun Anggota Di Bandar Besar Kpn

Diterbitkan: 04 Aug 2023 1.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 4 Ogos 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengkaji semula elaun pegawai dan anggotanya yang bertugas di bandar besar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-kaji-elaun-anggota-di-bandar-besar-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:25 MYT
Kuala Lumpur, 4 Ogos 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengkaji semula elaun pegawai dan anggotanya yang bertugas di bandar besar.
Menegaskan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, langkah itu diambil memandangkan gaji mereka ketika ini dilihat tidak setimpal dengan kos sara hidup yang meningkat.
Katanya, kajian itu dilakukan bagi menentukan kadar yang sesuai untuk dinaikkan terutamanya mereka yang bertugas dalam bidang khusus atau "Subject Matter Expert" (SME).

“Kita ambil contoh, mereka (polis) yang bertugas sebagai pengawal istana terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor dan Selangor. Mereka ini hanya mengharapkan elaun Sara Hidup (COLA) dan tiada elaun lain.
“Bila ada majlis rasmi, mereka sudah pasti perlu beli pakaian lengkap dan sebagainya.... tambah pula mereka ini tinggal di kawasan yang memerlukan kos tinggi dengan kemampuan gaji mereka RM3,000 sahaja seolah-olah mereka ini miskin bandar,” katanya ketika ditemui di sini.

Ikuti kupasan lanjut oleh KPN, IG Tan Sri Razarudin Husain berkenaan kajian lanjut tentang elaun pegawai dan anggota PDRM di keratan akhbar terbitan Utusan Online seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 04 Aug 2023 1.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM