Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Guna Teknologi Ai Kawal Sempadan Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 29 Mar 2022 3.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 29 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menggunakan teknologi terkini termasuk “Artificial Intelligence” (AI) atau kecerdasan buatan dalam memperkasakan tugas mengawal sempadan negara, termasuk mengekang jenayah rentas sempadan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-guna-teknologi-ai-kawal-sempadan-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:34 MYT
Kuala Lumpur, 29 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menggunakan teknologi terkini termasuk “Artificial Intelligence” (AI) atau kecerdasan buatan dalam memperkasakan tugas mengawal sempadan negara, termasuk mengekang jenayah rentas sempadan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata, PDRM sentiasa berusaha untuk menambaik konsep penugasan seiring dengan perubahan semasa dan kecanggihan teknologi.
"Dalam konsep kawalan keselamatan sempadan, kita (PDRM) menggesa diperlengkapkan dengan aset teknologi AI, termasuk dron, sistem radar, alat “thermal imager” (pengimejan haba), alat pengimbas “Electro-Optical/Infra-Red” (EO/IR) dan peralatan “night vision” (teropong malam).
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang berusaha untuk mendapatkan peralatan itu dan perkara ini sedang dalam perbincangan.
"Pihak KDN memang memahami perkara itu serta keperluan memperkasa pasukan polis dalam menguatkuasakan undang-undang, memperketatkan dan mengawal keselamatan sempadan" katanya kepada Berita Harian dalam wawancara eksklusif sempena Hari Polis di Bukit Aman, baru-baru ini.
Beliau berkata, secara dasarnya kerajaan bersetuju untuk melengkapkan pasukan yang mengawal keselamatan sempadan negara dengan peralatan AI, mengambil kira sempadan darat dan lautan negara yang terlalu luas.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

ArticlePublished 29 Mar 2022 3.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM