Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Penunggang Motosikal Dikenakan Saman Tiada Lesen Memandu

Diterbitkan: 05 May 2024 2.03 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.16 PM
Klang, 5 Mei 2024 - Panik dengan kehadiran polis, dua lelaki warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen bertindak melarikan diri ketika pemeriksaan di Jalan Pasar Malam, Meru di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-penunggang-motosikal-dikenakan-saman-tiada-lesen-memandu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:31 MYT
Klang, 5 Mei 2024 - Panik dengan kehadiran polis, dua lelaki warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen bertindak melarikan diri ketika pemeriksaan di Jalan Pasar Malam, Meru di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari, kedua-dua lelaki berusia 30-an terbabit bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira 70 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao Samachulu berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika unit peronda (MPV) bertugas menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan Meru.

“Pasukan terserempak motosikal jenis Yamaha Y15 yang dinaiki dua lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasar Malam dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan peronda menghampiri dua lelaki itu dan mengarahkan menghentikan motosikal namun mereka melarikan diri. Anggota kemudian mengejar dan berjaya menahan motosikal mereka,” katanya semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
May be an image of 3 people, motorcycle and text
ArtikelDiterbitkan 05 May 2024 2.03 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.16 PM